Jam tangan pintar mampu milik dari Apple iaitu Watch SE dijangka akan menggunakan binaan dari plastik.
Menurut laporan, Apple dikatakan sedang membangunkan Watch SE generasi seterusnya dengan menggunakan binaan dari plastik. Sebagai perbandingan, Watch SE sebelum ini menggunakan binaan yang lebih premium iaitu aluminium.
Penggunaan bahan binaan dari plastik dijangka akan dapat mengurangkan kos sekaligus membolehkan Apple menawarkan Watch SE pada harga lebih mampu milik. Pada ketika ini, saingan utama Watch SE adalah Galaxy Watch FE yang dijual pada harga $199 (RM937) manakala Watch SE dijual pada harga $249 (RM1173).
Ini bukanlah kali pertama Apple menggunakan binaan plastik pada peranti mereka. Pada 2013, Apple telah memperkenalkan iPhone 5C dengan binaan plastik yang ditawarkan sebagai iPhone 5 versi mampu milik.