Close

Raiz tutup operasi di Malaysia

Selepas 4 tahun bertapak di Malaysia, Raiz yang merupakan sebuah platform perlaburan bakal menutup operasi mereka di Malaysia. Penutupan tersebut dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat.

Raiz Malaysia dioperasikan melalui usaha sama (JV) dengan Jewel Digital Venture Sdn Bhd dan Raiz Invest Australia Limited. Melalui semakan strategik terhadap perniagaan yang dijalankan, kedua-dua rakan kongsi bersetuju untuk menutup perniagaan Raiz Malaysia.

Selain itu, Raiz Malaysia dikatakan mempunyai modal yang cukup untuk menutup operasinya dengan proses tersebut akan dilakukan secara berperingkat. Dengan penutupan tersebut, Raiz akan memfokuskan perniagaan mereka di Australia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN