Close

OPPO Reno12 F 5G akan tiba di Malaysia tak lama lagi

OPPO Malaysia secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru ke pasaran tempatan iaitu Reno12 F 5G. Maklumat tersebut dikongsi melalui Facebook rasmi OPPO yang memperlihatkan poster rasmi peranti tersebut.

Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan juga spesifikasi yang dikongsi oleh OPPO buat masa ini. Jika melihat kepada poster rasmi yang dikongsi, Reno12 F 5G akan dilengkapi dengan fungsi kecerdasan buatan melalui OPPO AI Phone. Fungsi ini dijangka akan meningkatkan lagi keupayaan fotografi pada peranti ini.

Untuk pasaran luar, peranti ini telahpun diperkenalkan lebih awal pada minggu. Jika merujuk kepada spesifikasi di China, peranti ini hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci, cip Dimensity 6300, 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB. Menggunakan kamera utama 50MP, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 45W.

Walaubagaimanapun, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN