Close

smart#3 kini boleh dibeli Malaysia dengan harga bermula RM175K

Selepas dibuka untuk pra-tempahan pada Mei lalu, Smart #3 kini tersedia untuk dibeli oleh pengguna tempatan. Smart #3 ditawarkan melalui pengedar rasmi Proton New Energy Technology (Pro-Net).

smart#3 merupakan sebuah EV jenis Coupe dan ditawarkan dalam 3 pilihan varian iaitu smart#3 Pro, Premium dan juga BRABUS. Ketiga-tiga model tampil dengan kapasiti bateri yang lebih besar sekaligus menawarkan jarak gerak yang lebih jauh. Selain itu, ia turut dimuatkan dengan teknologi keselamatan yang lebih baik dengan 23 sensor berketepatan tinggi dan menyokong 21 fungsi ADAS.

smart #3 BRABUS hadir dengan dwi-motor elektrik dengan pacuan empat roda (AWD) yang menghasilkan 315kW dan 543Nm. Menyokong Rocket Launch Mode dengan 0 ke 100 km/j hanya dalam 3.7 saat sahaja. Untuk smart#3 Premium ia dilengkapi dengan motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang yang menghasilkan 200kW dan 343Nm. Menawarkan jarak gerak sehingga 455 km (WLTP) dan menyokong pengecasan AC 22kW yang mampu mengecas dari 10% hingga 80% hanya dalam masa kurang dari 30 minit.

Manakala untuk smart #3 Pro, ia turut hadir dilengkapi dengan motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang yang menghasilkan 200kW dan 343Nm. Dimuatkan dengan kapasiti bateri 49kWh yang mampu bergerak sehingga 325km WLTP. Untuk pengecasan ia menyokong pengecasan AC 7kW dan pengecasan DC 130Kw.

Di Malaysia, smart #3 Pro dijual pada harga RM175,000 dan smart #3 Premium pula dijual pada harga RM215,000. Manakala model paling tinggi iaitu smart #3 BRABUS dijual pada harga RM255,000.

Kesemua model ini ditawarkan dengan jaminan bateri selama 8 tahun atau 200,000 km dan jaminan komponen selama 8 tahun atau 150,000 km. Turut tersedia jaminan kenderaan selama 4 tahun tanpa had perjalanan, 2 tahun jaminan alat ganti tanpa had perjalanan dan perkhidmatan bantuan 24 jam 7 hari seminggu.

Selain itu, ia turut hadir dengan Smart pakej menarik untuk pendaftaran awal sebelum 31 Julai 2024 yang akan menerima pengecas rumah 22kW, bernilai RM 3,500, aksesori bernilai RM 2,500, penyesuai V2L dan pakej internet selama 5 tahun. 

ARTIKEL BERKAITAN