Sony Malaysia kini sedia untuk menawarkan peranti andalan mereka iaitu Sony Xperia 1 VI ke pasaran tempatan. Seperti model sebelumnya, peranti ini lebih memfokuskan kepada kemampuan fotografi seperti yang ditawarkan pada barisan kamera yang ditawarkan oleh Sony.
Perubahan ketara pada Sony Xperia 1 VI adalah ia menggunakan nisbah skrin 19.5:9 bukan lagi 21:9 yang digunakan pada model sebelum ini. Menggunakan skrin LTPO OLED Bravia bersaiz 6.5-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1300 nits.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W yang mampu mengecas 50% hanya dalam 30 minit sahaja.
Hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama Exmor 52MP (24mm) + 12MP Telefoto (85mm-170mm) + 12MP Ultra Lebar (16mm) dan 12MP swafoto. Dari segi rakaman video, ia mampu merakam sehingga resolusi 4K 120fps.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, pelindungan skrin Gorilla Glass Victus 2, WiFi, Bluetooth 5.4, pembesar suara jenis stereo dan pengimbas cap jari pada butang kuasa. Menjalankan sistem operasi berasaskan Android 14 dengan sokongan kemas kini 3 tahun untuk Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan.
Di Malaysia, Sony Xperia 1V dijual pada harga RM6499 dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Khaki Green. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan bermula sekarang dengan setiap pembelian akan menerima Sony WH-100XM5 secara percuma.