OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A3 Pro. Tampil dengan rekaan yang menarik, spesifikasi yang lebih baik dan mempunyai binaan tahan lasak melalui Armour Damage-Proof 360°.
Untuk spesifikasi, OPPO A3 Pro hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.67 dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Selain itu, peranti ini boleh dikatakan agak nipis dengan 7.68mm dan ringan hanya sekitar 186gram sahaja.
Menggunakan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 50MP + 2MP Potret dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5100mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Turut hadir dengan pelbagai fungsi menarik seperti AI LinkBoost, AI Eraser, Ultra volume mode dan Trinity Engine.
Perkara paling menarik mengenai peranti ini adalah ketahanananya. Peranti ini dilengkapi dengan teknologi Armour Damage-Proof 360° yang memperkuatkan lagi struktur dalaman peranti. Sekaligus, menjadikan tubuh peranti ini 2 kali ganda lebih kukuh. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP54 dan juga splash touch.
Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah Bluetooth 5.3, NFC, bicu audio 3.5mm, WiFi 5 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 14.01.
Di Malaysia, OPPO A3 Pro dijual pada harga RM1099 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Moonlight Purple dan Starry Black. OPPO turut menawarkan jaminan skrin selama 180 hari secara percuma bagi pembeli yang membeli sebelum 31 Julai 2024.