Close

Sony ZV-E10 II diperkenalkan – Guna cip pemprosesan BIONZ XR dan sensor 26MP

Sony mengemas kini penawaran kamera vlog mirroless mereka dengan memperkenalkan ZV-E10 II bagi mengantikan model semasa iaitu ZV-E10 yang diperkenalkan pada 2021.

Sony ZV-E10 II hadir dengan rekaan dan fungsi yang hampir sama seperti model sebelumnya. Namun, ia kini menggunakan sensor baru iaitu 26MP Exmor R CMOS. Sensor yang sama digunakan pada model Sony a6700 dan Sony FX30.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan BIONZ XR yang menjanjikan kualiti imej yang dihasilkan sentiasa terbaik. Selain itu, ia turut menawarkan kemampuan autofokus yang lebih baik dan lebih pantas. Dari segi rakaman video, ia mampu merakam resolusi sehingga 4K 60fps 10-bit 4:2:2 melalui mod S-Log atau S-Cinetone.

Selain itu, kamera ini turut menyokong fungsi Creative Looks dan Cinematic Vlog untuk menjadikan hasil kandungan lebih menarik. Kapasiti bateri turut dipertingkat yang memboleh rakaman dibuat sehingga 130 minit berbanding 80 minit. Tidak ketinggalan, ia turut menawarkan antramuka menegak baru yang boleh diorentasikan secara automatik.

Untuk port sambungan, ia menyokong USB-C 3.2, bicu audio mikrofon, bicu audio headphone dan mikro HDMI. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti WiFi 5GHz dan Bluetooth 4.2.

Harga jualan untuk pasaran tempatan masih lagi belum diumumkan. Namun, untuk pasaran lain harga jualan bermula sekitar $999 (RM4689) untuk body sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN