Xiaomi berkemungkinan akan menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 4. Cip ini bakal digunakan pada peranti andalan mereka iaitu Xiaomi 15 dan 15 Pro yang dijangka akan diperkenalkan pada Oktober ini.
Terbaru, spesifikasi Xiaomi 15 dan 15 Pro dilaporkan telah tertiris. Menurut laporan, Xiaomi 15 dijangka hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.36-inci dengan resolusi 1.5K dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 4, 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Dimuatkan dengan bateri 4900mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Xiaomi 15 hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama berkemungkinan adalah 50MP OmniVision OV50H. Selain itu, ia turut menyokong penarafan IP68 dan kamera swatofo 32MP.
Manakala untuk Xiaomi 15 Pro, ia mungkin hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 2K dan paparan 120Hz. Turut menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 4, 16GB RAM dan storan dalam 1TB. Bateri 5400mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 120W berwayar dan 80W tanpa wayar.
Untuk tetapan kamera, Xiaomi 15 Pro dijangka akan menggunakan sensor utama 50MP OmniVision OV50N + 50MP Samsung JN1 + 50MP Telefoto Periskop.
Laporan tersebut turut mendedahkan harga jualan kedua-dua peranti tersebut. Untuk Xiaomi 15, ia akan dijual pada harga bermula sekitar CNY4599 (RM2965) sementara Xiaomi 15 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY5299 (RM3416).