Hong Leong Bank akan menjadi Bank seterusnya yang akan menyokong pembayaran melalui Apple Pay. Buat yang tidak mengetahui, Apple Pay adalah perkhidmatan dompet digital yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad, Mac ataupun Apple Watch.
Hi @afiqqq96. Thank you for reaching out to us.
— Hong Leong Bank (@MYHongLeong) July 10, 2024
We would like to share that the Apple Pay facility will be brought to Hong Leong Bank soon. Stay tuned with us for the announcement.
Perkongsian tersebut dibuat melalui platform X bagi menjawab soalan pengguna mengenai ketersediaan Apple Pay. Namun begitu, tiada sebarang tarikh khusus yang dikongsi oleh Hong Leong Bank mengenai ketibaan fungsi tersebut.
Say hello to the new face of HLB Connect App! Update or download today for an enhanced banking experience.
— Hong Leong Bank (@MYHongLeong) July 11, 2024
Learn more @ https://t.co/g357h6FrJk
Your digital bank plus much more. pic.twitter.com/htyTvNcQzX
Selain itu, Hong Leong Bank turut mengumumkan aplikasi perbankan mereka iatiu HLB Connect kini hadir dengan antara muka baru yang lebih mesra pengguna dan lebih tersusun berbanding sebelum ini. Tidak ketinggalan ia turut hadir dengan beberapa fungsi baru seperti log masuk melalui imbasan wajah, pendaftaran akaun secara dalam talian dan pertukaran wang asing boleh dibuat dengan lebih pantas.
Pada ketika ini, terdapat beberapa perbankan menyokong Apple Pay antaranya seperti RHB, Maybank, AmBank, HSBC dan juga Standard Chartered. Kami menjangkakan lebih banyak perbankan akan menyokong fungsi ini pada masa akan datang.