WhatsApp bakal memperkenalkan fungsi baru pada aplikasi meraka. Fungsi baru yang dimaksudkan adalah transkripsi yang mana fungsi ini membolehkan mesej suara ditukarkan kepada dalam bentuk teks.
Fungsi ini dikatakan telah mula diuji oleh pengguna beta Android melalui kemas kini versi 2.24.15.5. Melalui perkongsian WABetaInfo, memperlihatkan yang fungsi tersebut kini menyokong 5 bahasa iaitu English, Sepanyaol, Portugis, Russian dan Hindi. Fungsi ini dijangka akan menyokong lebih banyak bahasa pada masa akan datang.
Fungsi transkripsi mesej ini dilihat akan lebih memudahkan pengguna dan tidak memerlukan pengguna mendengar mesej suara sebaliknya hanya membaca teks yang telah ditukar. Namun begitu, sebelum menggunakan fungsi ini pengguna perlu muat turun data tambahan bagi memastikan semua transkripsi mesej dapat dijana oleh peranti.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia kepada semua pengguna.