HONOR secara rasmi memperkenalkan fon lipat andalan mereka iaitu Magic V3. Hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik merangkumi spesifikasi, rekaan dan juga sokongan penarafan.
Magic V3 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding Magic V2. Magic V3 hanya setebal 4.35mm apabila dibuka dan 9.2mm apabila ditutup. Berat Magic V3 hanyalah sektiar 226gram iaitu 5gram lebih ringan berbanding Magic V2 dengan 231gram.
Hadir dengan skrin utama 7.92-inci OLED LTPO dan skrin kedua bersaiz 6.43-inci OLED LTPO. Kedua-dua skrin menyokong paparan adaptif 120Hz, HDR Vivid, ZREAL dan Dolby Vision. Seperti model sebelumnya, ia turut menyokong stylus pada kedua-dua skrin.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Dimuatkan dengan bateri 5150mAh yang menyokong pengecasan 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 40MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 20MP yang diletakkan pada skrin utama dan skrin luar.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah pengimbas cap jari pada butang kuasa, penarafan IPX8, pembesar suara jenis stereo, IR Blaster dan menjalakan Magic OS 8.0.1 berasaskan Android 14.
Di China, Magic V3 dijual pada harga bermula sekitar CNY8999 (RM5789) untuk 12GB + 256GB, CNY9999 (RM6432) untuk 16GB + 512GB dan CNY10,999 (RM7073) untuk 16GB + 1TB.