Pada acara yang sama, HONOR turut memperkenalkan Magic Vs3. Tampil dengan spesifikasi yang lebih baik dan rekaan yang berbeza dari model sebelumnya.
Magic Vs3 hadir dengan rekaan yang berbeza dan skrin yang lebih nipis berbanding model sebelumnya. Menggunakan rekaan yang hampir sama seperti Magic V2 namun lebih ringan dengan berat hanya 229 gram dan ketebalan hanya 9.8mm apabila ditutup.
Hadir dengan skrin utama 7.92-inci OLED LTPO dan skrin kedua bersaiz 6.43-inci OLED LTPO. Kedua-dua skrin menyokong paparan adaptif 120Hz dan PWM Dimming 3840Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 40MP Ultra Lebar + 8MP Telefoto Periskop. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 16MP yang diletakkan pada skrin utama dan skrin luar.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooth 5.3, NFC, pembesar suara jenis stereo, IR Blaster dan menjalakan MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14.
Di China, Magic Vs3 dijual pada harga bermula sekitar CNY6999 (RM4504) untuk 12GB + 256GB, CNY7699 (RM4954) untuk 12GB + 512GB dan CNY8699 (RM5596) untuk 16GB + 1TB.