Close

Nothing Phone (2a) Plus akan diperkenalkan pada 31 Julai ini

Nothing mengesahkan yang mereka akan memperkenalkan satu lagi peranti di bawah siri Phone (2a) pada 31 Julai ini. Peranti baru ini akan menggunakan nama Phone (2a) Plus dengan kod nama Mega Aerodactyl.

Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Nothing buat masa ini. Namun begitu, kita mungkin boleh menjangkakan yang Phone (2a) Plus akan menawarkan peningkatan yang lebih baik berbanding Phone (2a).

Phone (2a) Plus berkemungkinan menggunakan cip yang lebih berkuasa, RAM yang lebih tinggi dan storan dalaman yang lebih besar. Selain itu, ia mungkin akan dilengkapi dengan bateri yang lebih besar, kamera yang lebih baik dan pengecasan yang lebih pantas.

Dengan pelbagai peningkatan, kita mungkin boleh menjangkakan harga jualannya lebih mahal berbanding Phone (2a). Lebih banyak maklumat dijangka akan dikongsi oleh Nothing dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN