Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai penjualan 4 juta data pengguna U Mobile di pasaran gelap. Penggodam yang menggunakan nama ‘Sh1mo’ telah mengiklankan penjualan data dengan nilai sekitar $50000 BTC.
Berikutan dari itu, U Mobile telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. Menurut U Mobile, data yang dijual di pasaran gelap itu adalah data lama dari tahun 2014. Selain itu, sampel data itu dikatakan sepadan dengan insiden kecurian data yang dilaporkan pada 2017 yang melibatkan pelbagai organisasi.
Dalam masa yang sama, U Mobile menyatakan yang mereka komited dan amat menitikberatkan keselamatan siber dengan melakukan pelbagai langkah untuk melindungi data pelanggan mereka.