Google secara rasmi berkongsi rekaan fon lipat mereka yang seterusnya iaitu Pixel 9 Pro Fold. Peranti ini tidak menggunakan nama Pixel Fold 2 seperti yang dilaporkan sebelum ini.
A foldable phone built for the Gemini era.
— Made by Google (@madebygoogle) July 18, 2024
Out with the old. In with the Fold.
Learn more and sign up for #MadeByGoogle updates: https://t.co/7zTWktAvWk pic.twitter.com/UZDudLiUWB
Melalui perkongsian video yang berdurasi 30 saat, memperlihatkan beberapa maklumat awal mengenai peranti ini. Pixel 9 Pro Fold tampil dengan perubahan ketara berbanding Pixel Fold. Menggunakan bingkai skrin yang lebih nipis dan rekaan kamera belakang yang berbeza.

Tidak ketinggalan, perant ini mempunyai kesan lipatan yang lebih minimal dan boleh dibuka dengan lebih rata berbanding model sebelumnya. Selain itu, Pixel 9 Pro Fold akan turut dilengkapi dengan kecerdasan buatan Gemini secara terbina.
A phone built for the Gemini era.
— Made by Google (@madebygoogle) July 18, 2024
It can do a lot—even let your old phone down easy.
Learn more and sign up for #MadeByGoogle updates: https://t.co/PUmAUi4YBe pic.twitter.com/I3EEXOkq3I
Selain Pixel 9 Pro Fold, Google turut berkongsi maklumat mengenai Pixel 9 Pro. Memperlihatkan ia hadir dengan rekaan berkotak bersama dengan kamera belakang yang berbeza.
Namun begitu, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Google pada ketika ini. Maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos ini.