Close

Samsung Galaxy Watch FE kini rasmi di Malaysia dengan harga RM799

Samsung Malaysia mengemas kini penawaran mereka dengan memperkenalkan jam tangan pintar baru iaitu Galaxy Watch FE. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Galaxy Watch FE hadir dengan satu pilihan saiz sahaja iaitu 40mm dan menggunakan binaan aluminium. Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 1.2-inci dengan resolusi 396 x 396. Dikuasakan dengan cip Exynos W920 yang dipadankan dengan RAM 1.5GB dan storan dalaman 16GB.

Seperti jam tangan pintar lain, Galaxy Watch FE turut menyokong pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan antaranya menyokong lebih dari 100 jenis senaman, pemantauan pola tidur, analisis komposisi badan, penjejakan tidur, pemantauan tekanan darah dan ECG.

Selain itu, terdapat juga fungsi Personalized Heart Rate Zone yang boleh disuaikan mengikut keupayaan fizikal pengguna. Peranti ini turut boleh mengawal kamera peranti melalui Camera Controller dan membuat pembayaran melalui Samsung Wallet.

Dimuatkan dengan bateri 247mAh dan menjalankan sistem operasi One UI 5 Watch yang berasaskan Wear OS. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, WiFi, Bluetooh 5.3, penarafan IP68 dan ketahanan kalis air 5ATM.

Bagi yang berminat, Galaxy Watch FE ini dijual pada harga RM799 dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Pink Gold, Black dan Silver.

ARTIKEL BERKAITAN