Close

PDRM tawar diskaun kompaun saman sehingga 50% pada 21 Julai ini

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jakur Gemilang 2024 pada 21 Julai ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan diskaun kompaun saman sehingga 50%.

Perkongsian yang dibuat melalui Facebook Jabatan Penerangan Malaysia, menyatakan pembayaran saman hanya boleh dibuat di tapak program sahaja iaitu di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor bermula dari 9.00 pagi hingga 4.30.

Untuk mengelakkan kesesakan semasa proses pembayaran, anda digalakkan untuk buat semakan awal tentang saman anda melalui portal web rasmi atau aplikasi MyBayar PDRM. Bagi anda yang mempunyai kesalahan trafik ini masa yang sesuai untuk menyelesaikannya.

Selain itu, pada majlis tersebut, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti Jualan Ehsan RAHMAH MADANI dan Jualan Kombo Agro MADANI.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN