Close

Xiaomi MIX Fold 4 diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan kuad-kamera 50MP

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan fon lipat generasi baru mereka iaitu MIX Fold 4. Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih baik dari model sebelumnya.

MIX Fold 4 tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan iaitu dengan ketebalan hanya 9.47mm apabila dilipat dan berat hanya 226gram sahaja. Selain itu, ia mengggunakan rekaan sisi jenis melengkung untuk memberikan keselesaan yang lebih baik ketika dipegang. Menggunakan skrin luar LTPO OLED bersaiz 6.56-inci dan skrin dalam LTPO OLED bersaiz 7.98-inci. Kedua-dua skrin ini menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3000 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Dimuatkan dengan bateri 5100mAh yang dipadankan dengan pengecasan 67W berwayar dan 50 tanpa wayar.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan kuad-kamera dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto +50MP Periskop. Keupayaan kamera ini ini dimuatkan dengan teknologi Leica dengan lensa Summilux. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 32MP untuk luar bahagian dan 32MP untuk bahagian dalam.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IPX8, WiFI 7, Bluetooh 5.4, pengimbas cap jari pada butang kuasa, komunikasi satelit dua hala dan menjalankan sistem operasi HyperOS.

Di China, Xiaomi MIX Fold 4 ini dijual pada harga bermula sekitar CNY9999 (RM6442) dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Putih.

ARTIKEL BERKAITAN