Close

Xiaomi SU7 Ultra hadir dengan tri-motor dan 0 ke 100 hanya 1.97 saat

Xiaomi terus menunjukan perkembangan mereka dalam segmen kenderaan elektrik (EV) selepas memperlihatkan prototaip terbaru mereka iaitu SU7 Ultra.

SU7 Ultra hadir dengan rekaan yang lebih lebar dan lebih panjang dengan berat hanya 1900 kg sahaja. Menggunakan kemasan dari gentian karbon dengan rekaan yang diubah suai untuk menjadikan ia lebih aerodinamik berbanding model SU7 yang lain.

SU7 Ultra dikatakan lebih berkuasa berbanding McLaren Speedtail dan Bugatti Chiron. Dibina menggunakan platform SU 7 yang dipadankan dengan tri-motor elektrik dengan 2 motor HyperEngine V8 dan 1 motor HyperEngine V6. Mampu menghasilkan kuasa sebanyak 1548 hp dan memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 1.97 saat. Kelajuan maksimum SU7 Ultra ini adalah 350 km/j.

EV prototaip ini menggunakan teknologi bateri Qilin CATL 2.0 yang menyokong pengecas pada 897V dengan kadar pengecasan 5.2C. Bermaksud, EV ini boleh dicas semula hanya dalam masa kurang dari 12 minit. Selain itu, Xiaomi mendakwa SU7 Ultra mampu menghasilkan kuasa 800kW dengan bateri 20%.

Xiaomi menyasarkan untuk mencipta rekod baru dalam kelas sedan elektrik 4 pintu di Nürburgring. Pada ketika ini, rekod terpantas dalam segmen tersebut dipegang oleh Porsche Taycan Turbo GT dengan catatan masa 7:07.55 minit.

ARTIKEL BERKAITAN