Close

Pengguna Google Pixel boleh mengehadkan pengecasan pada 80% melalui Android 15

Google bakal memperkenalkan fungsi baru iaitu ‘Charging Optimization’ pada Android 15. Fungsi ini membolehkan pengguna mengehadkan pengecasan bateri kepada 80% sahaja.

Menurut laporan, fungsi tersebut dikatakan telahpun diuji melalui kemas kini Android 15 Beta 4. Melaluinya, pengguna boleh mengehadkan pengecasan bateri kepada 80% dan fungsi tersebut perlu diaktifkan secara manual. Selepas fungsi diaktifkan, bateri tidak akan dicaj sehingga ke 100%.

Dengan fungsi ini, kesihatan bateri akan menjadi lebih baik sekaligus dapat memanjangkan jangka hayat bateri. Sebelum ini, Google telahpun memperkenalkan fungsi ‘Adaptive Charging’ yang akan mengecas peranti berdasarkan kepada corak pengecasan pengguna.

Namun begitu, fungsi ini berkemungkinan hanya akan tersedia secara khusus untuk peranti Pixel. Memandangkan fungsi ini masih lagi diperingkat percubaan dan dijangka akan tersedia pada Android 15 versi stabil.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN