Close

8.5 juta komputer Windows dilaporkan terkesan dengan CrowdStrike

Dunia IT telah dikejutkan dengan masalah CrowdStrike yang menyebabkan komputer yang menjalankan sistem operasi Microsoft tidak boleh beroperasi seperti biasa. Sekaligus, menyebabkan ratusan syarikat di seluruh dunia terkesan.

Gambar : CNBC

Microsoft menganggarkan 8.5 juta komputer Windows terkesan dengan CrowdStrike iaitu kurang 1% daripada komputer Windows di seluruh dunia. Namun apa yang lebih menakutkan adalah, impaknya kepada ekonomi yang dikatakan sangat besar.

Semuanya bermula apabila kemas kini yang dilepaskan oleh ‘CrowdStrike’ telah menyebabkan sistem operasi Microsoft menghadapi masalah BSOD atau ‘boot loop’. Buat yang tidak mengetahui, CrowdStrike adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam menawarkan kemas kini keselamatan siber untuk Microsoft.

Berikutan dari itu, beratus-ratus syarikat menghadapi masalah perkhidmatan yang mengakibat pelbagai kerugian. Insiden CrowdStrike ini boleh dianggap sebagai peristiwa terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah IT.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN