WhatsApp kini membolehkan pengguna menghantar imej dan video pada resolusi HD secara automatik. Sebelum ini, fungsi ini perlu ditetapkan secara manual dengan memilih resolusi HD setiap kali menghantar imej atau video.
Kini, pengguna hanya perlu menetapkan sekali sahaja kualiti media seterusnya ia akan menghantar imej dan video HD secara automatik tanpa perlu dilakukan secara manual seperti sebelum ini.
Cara untuk menetapkan imej dan video HD dihantar secara automatik :
- 1- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke ‘Setting’
- 2- Pilih ‘Storage and data’ kemudian pilih ‘Media upload quality’
- 3- Seterusnya, pilih ‘HD Quality’ dan pilih ‘Save’
Namun begitu, kualiti HD yang dihantar bukanlah 100% sama seperti kualiti asal. Sekiranya anda ingin menghantar dengan kualiti asal ia boleh dilakukan dengan menghantar sebagai dokumen. Selain itu, langkah ini mungkin berbeza dengan peranti iOS. Untuk mencuba fungsi ini, pastikan aplikasi WhatsApp telah dikemas kini kepada yang terbaru.