Close

Shopee bakal naikkan bayaran transaksi kepada 3.5% – Berkuat kuasa Ogos ini

Bermula 1 Ogos 2024, Shopee bakal menaikkan kadar bayaran transaksi kepada 3.5% (tidak termasuk SST). Pada ketika ini, bayaran transaksi yang dikenakan oleh Shopee adalah 2.0% (tidak termasuk SST).

Semua penjual tempatan (penjual bukan Shopee Mall) dan pekedai akan dikenakan bayaran transaksi bagi menampung caj platform pembayaran bagi setiap transaksi dalam talian apabila pesanan berjaya dilakukan oleh pembeli.

Kenaikkan ini menyaksikan bayaran transaksi meningkat kepada 3.78% termasuk SST berbanding sebelum ini iaitu 2.12% termasuk SST. Bayaran transaksi tersebut akan dipotong secara automatik daripada pembayaran kepada penjual apabila pesanan selesai.

Selain itu, penjual boleh menyemak bayaran transaksi yang dikenakan pada pesanan yang telah selesai melalui invois cukai. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh layari laman web rasmi Shopee.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN