Close

Sony PlayStation 5 Pro mungkin tiba pada penghujung tahun ini

Konsol kemas kini dari Sony iaitu PlayStation 5 Pro (PS5 Pro) dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Menurut laporan, PS5 Pro dijangka akan tiba pada penghujung 2024 iaitu sekitar Disember. Laporan tersebut turut menyatakan pembangun telah menyerahkan permohonan CertOps (Platform Certification & Operations) untuk PS5 Pro dengan tarikh akhirnya penyerahan adalah pada penghujung Julai ini. Selain itu, semua permainan baru wajib menyokong PS5 Pro bermula September.

PS5 Pro dijangka hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding PS5. Bercakap mengenai spesifikasi, PS5 Pro berkemungkinan akan dikuasakan dengan CPU AMD Zen2 dengan 8 teras kelajuan pada 4.4Ghz. Cip pemprosesan baru ini dipanggil sebagai Viola dan menggunakan teknologi binaan N4P dari TSMC. Untuk pretasi grafik, ia akan dijana dengan GPU RDNA3 yang mempunyai 60 Compute Unit bersama dengan memori GDDR6 16GB.

Pada ketika ini, kitaran untuk PS5 sudah berada di penghujungnya dan Sony menjangkakan akan berlaku penurunan jualan konsol tersebut pada masa akan datang. Sony juga cenderung untuk memperkenalkan versi Pro selepas 3 atau 4 tahun model semasa diperkenalkan. Berikutan itu, pengenalan PS5 Pro mungkin akan meningkatkan kembali jualan konsol dari Sony.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN