Close

JuiceUp perkenal sistem pembayaran melalui kad kredit dan debit untuk pengecas EV

JuiceUp secara rasmi memperkenalkan sistem pembayaran terbuka iaitu melalui kad kredit dan debit untuk pengecas EV di Malaysia. Sekaligus memudahkan pengguna untuk mengecas berbanding perlu memasang aplikasi atau langganan tertentu.

Dengan JuiceUp, pengguna hanya perlu tap kad kredit atau debit pada terminal pengecas seterusnya memulakan pengecasan. Langkah ini sama seperti melakukan pembelian dengan menggunakan kad kredit atau debit. Disebabkan JuiceUp tidak menggunakan sebarang aplikasi, pengguna perlu mengimbas kod QR di skrin terminal untuk mengetahui status pengecasan.

Pada ketika ini, JuiecUp telah bekerjsama dengan beberapa stesen pengecas EV seperti TNB Electron, JusEV, EVPower dan CUCUK. Sokongan pembayaran secara terbuka ini dijangka akan tersedia secara berperingkat pada semua stesen pengecasan.

Menjelang 2025, JuiceUp menyasarkan 80% rangkaian pengecasan akan menyokong pembayaran secara terbuka iaitu melalui kad kredit atau debit.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN