HONOR Malaysia bakal memperkenalkan peranti baru kelas pertengahan iaitu HONOR 200 Lite ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti ini akan menggantikan model semasa iaitu HONOR 90 Lite yang merupakan model popular dalam pakej 5G RAHMAH.
HONOR 200 Lite dijangka hadir dengan beberapa peningkatan spesifikasi dan rekaan. Dari segi rekaan, peranti ini hadir dengan rekaan yang lebih ergonomik dengan rekaan sisi jenis rata. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6080 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 50MP. Bateri 4500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 35W. Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti Bluetooh 5.1, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.
Namun begitu, harga jualan dan ketersediaan peranti ini masih lagi belum didedahkan oleh HONOR Malaysia. Maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini dijangka akan dikongsi dari masa ke semasa.