Close

OnePlus Open 2 mungkin hadir dengan bateri 6000mAh

Fon lipat OnePlus yang seterusnya dijangka akan hadir dengan peningkatan kapasiti bateri yang ketara dari model sebelumnya.

Menurut laporan, OnePlus bakal memperkenalkan fon lipat baru iaitu Open 2 dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 6000mAh. Sebagai perbandingan, OnePlus Open hanya dimuatkan dengan bateri 4805mAh. OnePlus dijangka akan menggunakan teknologi bateri Glacier seperti mana yang digunakan pada OnePlus Ace 3 Pro.

Teknologi bateri Glacier dibangunkan dengan kerjasama pengeluar bateri EV iaitu CATL. Teknologi ini dikatakan lebih cekap dan juga lebih tahan lama berbanding teknologi sebelumnya. Selain itu, bateri ini mampu menawarkan kesihatan bateri sehingga 4 tahun serta menyokong pengecasan pantas.

Laporan tersebut turut menyatakan yang OnePlus Open 2 akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 4 dan akan diperkenalkan pada suku pertama 2025. Untuk pasaran lain, OnePlus Open 2 akan dikenali sebagai OPPO Find N5.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN