Close

Aplikasi Blackmagic Camera kini menyokong OnePlus dan Xiaomi

Sebelum ini, Blackmagic Design telahpun memperkenalkan aplikasi Blackmagic Camera untuk peranti Android. Namun begitu, untuk versi awal ia hanya tersedia untuk peranti Samsung dan Google.

Dalam perkembangan terbaru, Blackmagic Design telah mengemas kini aplikasi mereka dengan menyokong lebih banyak peranti Android. Antara peranti yang menyokong aplikasi ini adalah Xiaomi 13 / 14, OnePlus 11 / 12, Google Pixel 6a / 6 / 6 Pro dan Samsung Galaxy S21 / S22.

Sebelum ini, aplikasi ini hanya menyokong Google Pixel 7 / Pixel 8 Pro dan siri Galaxy S24 / Samsung Galaxy S23 Ultra. Selain menyokong lebih banyak peranti Android, Blackmagic Design turut membawakan beberapa fungsi baru seperti pemantauan monitor dengan sambungan HDMI, audio level pop-up, Blackmagic cloud organization, focus transition controls dan lain-lain.

Bagi yang berminat, aplikasi Blackmagic Camera tersedia secara percuma dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

ARTIKEL BERKAITAN