HONOR Malaysia mengemas kini penawaran mereka dengan memperkenalkan peranti baru kelas pertengahan iaitu HONOR 200 Lite.
HONOR 200 Lite hadir dengan beberapa peningkatan spesifikasi dan rekaan. Dari segi rekaan, peranti ini hadir dengan rekaan yang lebih ergonomik dengan rekaan sisi jenis rata. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6080 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 50MP. Bateri 4500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 35W. Peranti ini turut dimuatkan dengan kecerdasan buatan (AI) Magic Capsule dan Magic Portal. Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti Bluetooh 5.1, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.
Di Malaysia, HONOR 200 Lite dijual pada harga RM1299 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 26 Julai 2024 di semua pengedar rasmi HONOR Malaysia.