Close

iPhone boleh-lipat mungkin tiba pada 2026

Laporan mengenai iPhone boleh-lipat bukanlah perkara baru. Sebelum ini, telah ada beberapa laporan mendedahkan yang Apple bakal memperkenalkan fon lipat pertama mereka tidak lama lagi.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang iPhone boleh-lipat pertama Apple dijangka akan tiba pada 2026. Apple dikatakan telahpun memulakan fasa penyelidikan dan pembangunan untuk peranti tersebut pada tahun ini.

Lebih menarik, Apple dilaporkan telah menghubungi beberapa pengeluar komponen bagi membekalkan perkakasan yang diperlukan untuk menghasilkan peranti tersebut. iPhone boleh-lipat pertama dari Apple ini dikatakan dari jenis clamshell bukan fold, seperti mana Samsung Galaxy Z Flip, Xiaomi MIX Flip dan OPPO Find N3 Flip.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan Apple akan menghasilkan dua jenis fon lipat iaitu clamshell dan fold. Untuk jenis clamshell ia akan menggunakan asas rekaan dari iPhone manakala fold pula akan dihasilkan menggunakan asas rekaan iPad.

Laporan mengenai iPhone boleh-lipat mula kedengaran sejak 2018. Namun, disebabkan oleh beberapa cabaran menyebabkan pembangunan tersebut terpaksa ditangguhkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN