Seperti yang kita tahu, syarikat penyedia perkhidmatan iaitu Yoodo akan menamatkan perkhidmatan mereka pada 29 Ogos 2024.
Berikutan itu, sebagai tanda penghargaan dan sokongan yang diberikan oleh pengguna kepada Yoodo sepanjang 6 tahun. Yoodo sedia untuk memberikan data percuma sebanyak 10GB kepada semua pengguna mereka.
Data percuma sebanyak 10GB ini akan dikredit ke dalam akaun pengguna secara berperingkat. Data 5GB pertama akan dikreditkan pada 24 Julai 2024. Seterusnya, data 5GB kedua pula akan dikreditkan pada 26 Ogos 2024. Data percuma ini hanya tersedia untuk pengguna yang masih aktif dan boleh disemak melalui aplikasi.
Seiring dengan penamatan perkhidmatan oleh Yoodo, pengguna diberikan beberapa pilihan antaranya pindah talian (port-out) ke rangkaian lain atau tamatkan perkhidmatan Yoodo. Untuk pilihan ini, pengguna yang mempunyai baki kredit boleh memohon pulangan kembali melalui laman web khusus yang disediakan.
Sekiranya pengguna tidak membuat sebarang pilihan, pengguna akan kekal dengan pelan sedia ada di bawah CelcomDigi 5G. Selain itu, baki kredit boleh dibawa ke pelan CelcomDigi 5G. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Yoodo.