Dua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi Malaysia iaitu U Mobile dan TIME dotCom telah mengumumkan kerjasama strategik bagi meluaskan dan mempercepatkan perlaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.
Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak akan berkongsi pelbagai perkara dalam membangunkan rangkaian 5G yang merangkumi kepakaran teknikal, fasiliti dan juga pembangunan rangkaian. Dengan kerjasama ini juga, ia akan memberikan manfaat kepada pengguna dan juga pemain industri.
Pada ketika ini, TIME mempunyai rangkaian MEF 3.0 yang mampu menyokong sambungan yang lebih baik dan stabil sesuai untuk pembangunan ekosistem IoT rumah, bandar dan industri yang lebih pintar. Sebelum ini, U Mobile telahpun bekerjasama dengan TIME bagi menawarkan perkhidmatan U Home Fibre untuk pengguna mereka.