Close

Pemegang lesen B1 dan B2 lebih 10 tahun layak mohon lesen B penuh – Berkuat kuasa 1 Oktober 2024

Bermula 1 Oktober 2024, pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagai kelas B1 dan B2 layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh.

Namun begitu, program peralihan tersebut hanya tersedia kepada pemegang lesen B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas. Selain itu, pemohon perlu mematuhi syarat yang ditetapkan seperti menghadiri latihan dan lulus program peralihan. Kos yuran sebanyak RM160 akan dikenakan kepada pemohon.

Melalui program ini, pemohon akan menjalani latihan selama 2 jam yang merangkumi amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar.

Syarat tersebut diletakkan bertujuan untuk memastikan tahap kompetensi serta pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN