Proton Holdings Berhad (PROTON) secara rasminya memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka yang dikenali sebagai e.MAS7.
Proton e.MAS7 akan dibangunkan dengan kerjasama Geely dan akan menggunakan rangka Global Modular Architecture (GMA). EV pertama dari Proton ini akan dilengkapi dengan teknologi bateri terbaru dari Geely iaitu Aegis Short Blade Battery. Bateri ini dikatakan lebih selamat dan mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi serta mampu bertahan sehingga 3500 kitaran pengecasan.
Dibina berasaskan kepada model Geely Galaxy E5 dan akan dilengkapi dengan motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 215 hp dan 320 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 180 km/j.
Ditawarkan dalam 2 pilihan bateri iaitu 49.52 kWh dengan jarak gerak 440 km dan 60.22 kWh dengan jarak gerak 530 km (CLTC). EV pertama Proton ini dijangka akan turut menyokong aplikasi e.MAS untuk membolehkan ia disepadukan antara aplikasi dan juga EV.
Pada ketika ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh dan harga jualaan untuk Proton e.MAS7. Namun, ia dijangka akan mula dijual sekitar Disember tahun ini.