Close

Siri vivo V40 diperkenalkan – Guna cip Dimensity 9200+, bateri 5500mAh dan kamera Zeiss

vivo secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru mereka iaitu V40 dan V40 Pro. Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan rekaan yang lebih menarik.

V40 Pro hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9200+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan penjenamaan Zeiss. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penafaran IP68, pembesar suara jenis stereo, NFC dan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.

Untuk V40, ia hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3, RAM sehingga 12GB dan storan dalama sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan penjenamaan Zeiss. Turut dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penafaran IP68, pembesar suara jenis stereo, NFC dan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.

Untuk pasaran India, peranti ini dijual pada harga bermula sekitar INR39,999 (RM2135) untuk V40 dan INR54,999 (RM2936) untuk V40 Pro. Siri vivo V40 akan turut diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada 22 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN