Samsung secara rasmi memperkenalkan memori LPDDR5X baru dengan rekaan paling nipis yang pernah dihasilkan dalam industri.
Memori ini menggunakan proses binaan 12nm dan ditawarkan dalam 2 pilihan iaitu 12GB dan juga 16GB. Menurut Samsung, memori ini dihasilkan untuk memfokuskan kepada pasaran DRAM low-power dan juga peranti dengan keupayaan AI.
Memori LPDDR5X baru ini direka dengan struktur 4 lapisan yang berjaya mengurangkan ketebalan sekitar 9% dan dapat mengurangkan suhu sehingga 21.2% berbanding generasi sebelumnya. Dengan rekaan yang lebih nipis, terdapat ruang tambahan pada peranti sekaligus menjadikan aliran haba menjadi lebih baik.
Selain itu, Samsung dikatakan telah mula menghantar memori baru ini kepada pengeluar. Pada masa akan datang, Samsung merancang untuk menghasilkan modul memori dengan 6 lapisan untuk 24GB dan 8 lapisan untuk 32GB.