Close

Kereta EV Mercedes-Benz dilaporkan terbakar dan 140 kereta lain turut terkesan

Sebuah kereta elektrik (EV) Mercedes-Benz EQE dilaporkan terbakar secara tiba-tiba di sebuah apartment di Korea Selatan.

Kejadian yang berlaku di tempat letak kenderaan tingkat bawah tanah telah menyebabkan 40 kenderaan lain musnah dan 100 lagi mengalami kerosakan kurang serius. Lokasi kejadian turut dilaporkan musnah akibat dari kejadian itu.

Selain itu, lebih dari 20 penduduk telah dihantar ke hospital berikutan terhidu asap dalam kejadian tersebut. Pasukan penyelamat mengambil masa lebih dari 8 jam untuk memadamkan kebakaran. Asap tebal dikatakan menyukarkan lagi pasukan penyelamat untuk masuk kawasan parkir berkenaan.

Punca kejadian masih lagi tidak diketahui namun berdasarkan dari rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan terdapat asap keluar dari kenderaan tersebut sebelum ia tiba-tiba meletup dan terbakar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN