Tesla dikatakan tidak akan membuka kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, Indonesia atau di Thailand.
Menurut laporan, Tesla tidak mempunyai rancangan untuk membuka kilang pembuatan EV di negara tersebut sebaliknya memfokuskan kepada pembangunan dan pengukuhan ekosistem pengecasan mereka. Tesla hanya akan membina kilang pembuatan EV mereka di 3 negara sahaja iaitu China, Jerman atau China.
Selain itu, Telsa memutuskan untuk membatalkan rancangan pelaburan mereka di Thailand selepas membubarkan pasukan ekskutifnya. Keputusan tersebut dikatakan sebahagian daripada pembatalan pelaburan Tesla di seluruh Asia dan negara lain.
Sebelum ini, Tesla menyatakan yang mereka bersedia untuk melabur sekitar AS$5 bilion untuk hab pembuatan di Asis tenggara dengan memilih Thailand sebagai lokasi pilihan. Namun, disebabkan oleh kebimbangan ekonomi perkara tersebut tidak dilaksanakan.