Pengeluar kereta dari Korea Selatan iaitu Hyundai Motor Company dilaporkan sedia untuk melabur RM124 juta untuk membina kilang EV dan bateri di Thailand.
Menurut laporan, Hyundai sedia untuk membangunkan kemudahan untuk pemasangan kenderaan elektrik (EV) dan bateri di Thailand. Sektor EV di Thailand yang dilihat berkembang pesat menjadi salah satu faktor pelaburan tersebut.
Pada ketika ini, sektor EV di Thailand dikuasai oleh pembuat kereta dari China antaranya BYD dan Great Wall Motors.
Menurut Counterpoint Research, Thailand adalah hab pembuatan kereta terbesar di rantau ini dengan menyumbang 55% daripada keseluruhan jualan EV di Asia Tenggara untuk suku pertama.