Close

Instagram kini menyokong sehingga 20 imej atau video dalam satu perkongsian

Instagram kini membolehkan pengguna melakukan perkongsian sehingga 20 imej atau video dalam satu perkongsian. Sebelum ini, Instagram hanya menyokong 10 imej sahaja dalam satu perkongsian.

Melalui peningkatan ini, ia membolehkan lebih banyak kandungan yang boleh dikongsi dalam masa yang sama menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Selain itu, peningkatan ini dilihat sebagai langkah awal untuk bersaing dengan TikTok yang menawarkan perkongsian yang lebih banyak iaitu sehingga 35 imej atau video dalam satu perkongsian.

Fungsi ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan tersedia kepada semua pengguna tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN