Close

Cara guna iOS 18 Public Beta pada iPhone

Apple telahpun melepaskan iOS 18 Beta kepada umum. Membolehkan pengguna mencuba dan merasai pelbagai fungsi baru pada iOS 18 dengan lebih awal.

Bagi yang berminat untuk mencuba, kami ingin berkongsi cara guna atau pasang iOS 18 Public Beta pada iPhone.

Senarai peranti yang menyokong iOS 18

Sebelum itu, anda perlu memastikan peranti menyokong iOS 18. Terdapat 23 model yang telah di senaraikan oleh Apple bermula dari iPhone SE ke-2 dan ke atas, iPhone XR, siri iPhone XS, siri iPhone 11, siri iPhone 12, siri iPhone 13, siri iPhone 14 dan siri iPhone 15.

Cara pasang iOS 18 Public Beta

Untuk memasang iOS 18 Public Beta, anda perlu mendaftar peranti melalui laman web Apple Beta. Lakukan log masuk dengan menggunakan Apple ID dan ikut arahan sehingga selesai.

Selepas selesai, pergi ke Settings > General > Software Update. Pada bahagian Software Update, pilih Beta Update kemudian pilih iOS 18 Public Beta. Sebelum melakukan pemasangan, pastikan sambungan rangkaian dalam keadaan baik dan stabil.

Seperti namanya, versi ini mungkin tidak berapa stabil untuk penggunaan harian dan mungkin terdapat pepijat. Berikutan itu, anda disarankan melakukan proses backup terlebih dahulu. Versi stabil untuk iOS 18 dijangka akan tiba kepada pengguna sekitar September ini.

ARTIKEL BERKAITAN