Apple dijangka akan memperkenalkan Mac mini baru pada tahun ini iaitu sekitar Oktober.
Menurut laporan, Mac mini baru ini akan hadir dengan rekaan baru yang lebih kompak berbanding generasi sebelumnya. Kita mungkin boleh menjangkakan rekaan yang akan digunakan adalah seperti pada Apple TV 4K. Sekiranya laporan ini tepat, ia bakal menjadi perubahan terbesar dari segi rekaan yang pernah dilakukan oleh Apple.
Selain itu, Mac mini berkemungkinan akan ditawarkan dalam 2 pilihan cip iaitu M4 dan M4 Pro. Dari segi sambungan, ia mungkin akan dilengkapi dengan 3x USB-C, 1x HDMI dan 1x power supply.
Namun begitu, laporan ini masih lagi diperingkat awal. Seperti biasa, lebih banyak maklumat mengenai peranti ini akan dikongsi.