Close

Pertemuan khas Tesla dan MITI akan diadakan pada 22 Ogos ini

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bakal mengadakan pertemuan khas dengan wakil Tesla pada 22 Ogos ini.

Pertemuan tersebut dibuat bagi mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan dengan pembatalan perancangan membangunkan kilang di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Selain itu, ia akan turut membincangkan mengenai rancangan selanjutnya berkaitan pelaburan Tesla di Malaysia.

Menteri MITI iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pertemuan ini adalah amat penting bagi mendapatkan pengesahan daripada Tesla yang ketika ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan Tesla membatalkan rancangan untuk membuka kilang di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Yang mana, laporan tersebut dikeluarkan oleh pihak ketiga bukannya dari sumber rasmi Tesla.

Selain itu, Tesla tidak pernah menyatakan sebarang komitmen untuk membuka kilang di Malaysia. Persetujuan sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan sektor yang berkaitan.

Kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut akan dikeluarkan selepas pertemuan dengan wakil Tesla.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN