Close

Maybank perkenal ciri keselamatan baru – Sekat aplikasi MAE jika kesan ‘malware’ pada peranti

Maybank melalui laman web rasmi mengumumkan perlaksanaan ciri keselamatan baru pada aplikasi MAE.

Ciri keselamatan baru ini secara automatik akan mengimbas aplikasi hasad (malware) atau tetapan yang berisiko pada peranti seterusnya akan memaparkan notifikasi atau amaran pada skrin. Amaran tersebut akan menyenaraikan aplikasi atau tetapan yang berisiko dan pengguna perlu membuang atau mengubah tetapan sebelum boleh menggunakan aplikasi MAE.

Penambahbaikan ini adalah untuk melindungi pengguna daripada transaksi yang tidak sah dalam masa yang sama memberikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih baik. Selain itu, penambahbaikan ini menunjukkan yang Maybank komited terhadap keselamatan pengguna mereka.

Ciri keselamatan baru ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan akan tersedia kepada semua pengguna aplikasi MAE tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN