Close

Tesla rugi besar dan gagal bersaing dengan EV dari China – PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerugian besar yang di alami oleh Tesla telah menyebabkan rancangan untuk mengembangkan operasi mereka di Asia Tenggara dibatalkan.

Menurut beliau lagi, kegagalan Tesla bersaing dengan kenderaan elektrik (EV) daripada syarikat China menyebabkan pendekatan tersebut di ambil. Selain itu, ia bukan disebabkan oleh Tesla tidak percaya terhadap pasaran di rantau ini, lebih-lebih lagi di Malaysia.

Malaysia tidak terjejas dengan keputusan tersebut memandangkan Tesla hanya merancang untuk meningkatkan pelaburan di negara ini berbanding perancangan lebih besar di Thailand dengan membuka kilang pembuatan EV.

Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bakal mengadakan pertemuan khas dengan wakil Tesla pada 22 Ogos ini bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci. Kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut akan dikeluarkan selepas pertemuan dengan wakil Tesla.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN