Close

Lotus tamatkan aplikasi ‘Scan & Shop’

Lotus Malaysia mengumumkan sokongan aplikasi Scan & Shop akan ditamatkan. Bermaksud, aplikasi tidak lagi boleh digunakan di semua cawangan di seluruh Malaysia.

Melalui perkongsian di platform X, Lotus Malaysia menyatakan perkhidmatan tersebut akan ditamatkan namun tiada perincian lanjut mengenai tarikh dan sebab penamatan. Namun begitu, kita mungkin menjangkakan ia berkaitan dengan kerugian yang ditanggung oleh Lotus akibat penyalahgunaan oleh pelanggan.

Aplikasi Scan & Shop ini membolehkan pengguna melakukan semakan harga barang secara terus melalui aplikasi dan membuat pembayaran melalui kod bar yang dijana khusus tanpa perlu beratur panjang di kaunter biasa.

Selain itu, tidak dapat dipastikan adakah Lotus akan memperkenalkan aplikasi baru sebagai pengganti atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN