Close

Bateri dikatakan punca kereta EV Mercedes-Benz terbakar

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai sebuah kereta elektrik (EV) Mercedes-Benz EQE dilaporkan terbakar secara tiba-tiba di sebuah apartment di Korea Selatan.

Dalam perkembangan terbaru, punca kepada kebakaran tersebut telah dikenal pasti. Menurut laporan, bateri dikatakan sebagai punca utama kepada kejadian tersebut. Kereta EV Mercedes-Benz EQE dikatakan menggunakan bateri Nickel Cobalt Manganese (NCM) yang dihasilkan oleh syarikat dari China iaitu Farasis Energy.

Gambar : The Korea Times

Syarikat tersebut dikatakan tidak mempunyai reputasi yang baik selepas dikaitkan dengan beberapa isu keselamatan di peringkat antaranbangsa. Sebagai rekod, pada 2021 BAIC China telah menarik balik beberapa EV yang menggunakan bateri NCM dari Farasis Energy kerana berisiko menyebabkan kebakaran.

Berikutan dari kejadian ini, Korea Selatan berkemungkinan akan mengubal rang undang-undang yang bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan EV. Antara undang-undang yang mungkin akan diperkenalkan seperti menghalang EV dari dicas penuh khususnya di stesen pengecas bawah tanah.

Selain itu, pengeluar EV perlu mendedahkan butiran mengenai bateri yang digunakan kepada pelanggan apabila menjualnya. Pada ketika ini, pengeluar EV tidak mendedahkan maklumat tentang jenis bateri yang digunakan.

Pengenalan rang undang-undang baru ini dijangka akan dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap kenderaan elektrik (EV).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN