Close

Samsung Malaysia bekerjasama dengan Gamuda Land perkenal Bespoke AI Home

Samsung Malaysia telah memperkenalkan Bespoke AI Home pertama di Malaysia dengan kerjasama Gamuda Land.

Melalui kerjasama ini, ia membawakan inovasi baru rumah pintar untuk masa depan yang memudahkan kehidupan seharian sekaligus dapat meningkatkan lagi produktiviti. Selain itu, kerjasama ini turut dapat mengoptimumkan lagi penggunaan elektrik atau sumber dengan lebih baik sekaligus dapat mengurangkan kos utiliti.

Seiring dengan kerjasama ini, unit pameran dengan ekosistem Samsung Bespoke AI Home telah disiapkan yang terletak di The Camellia Gamuda Cove. Bespoke AI Home ini dimuatkan dengan pelbagai peranti pintar dari Samsung yang merangkumi mesin basuh, peti sejuk, televisyen, music frame, smart air purifier, penyaman udara dan lain-lain.

Semua peranti ini dikuasakan melalui hab rumah pintar iaitu SmartThings yang membolehkan pengguna mengawal, mengurus dan memantau peranti pintar secara menyeluruh dengan lebih mudah dan pantas. Lebih menarik, peranti pintar ini boleh dikawal melalui arahan suara (Bixby) yang boleh ditetapkan secara terus atau berdasarkan kepada profil tertentu.

Bagi yang berminat dengan Bespoke AI Home, ia hadir dalam tiga pilihan pakej iaitu Essentials bermula daripada RM30,599, Platinum bermula daripada RM47,199 dan Diamond bermula daripada RM75,999. Untuk maklumat lanjut mengenai Bespoke AI Home boleh layari laman web ini.

ARTIKEL BERKAITAN