Apple mungkin akan memperkenalkan iPhone 17 ‘Air’ sebagai model keempat mereka. Seperti namanya, model ini akan menggunakan rekaan yang lebih nipis dan hadir dengan spesifikasi lebih rendah.
Menurut laporan, iPhone 17 Air akan menggunakan rekaan lebih nipis dan akan diposisikan antara iPhone 17 dan iPhone 17 Pro. Penawaran ini mungkin boleh di samakan seperti model iPad Air dan juga Macbook Air. Berikutan itu, model ini lebih memfokuskan kepada rekaan berbanding spesifikasi.
Selain itu, penggunaan nama ‘Air’ dikatakan sebagai salah satu cara menjadikan ia lebih popular berbanding menggunakan nama mini dan Plus yang dilihat gagal. Penawaran model ini akan ia menjadi lebih menarik berbanding dua model tersebut. Sebagai rekod, iPhone mempunyai 3 model utama iaitu standard, Pro dan Pro Max.
Namun begitu, laporan ini masih terlalu untuk diperkatakan. Walaubagaimanapun, ia perkara yang menarik untuk dilihat memandangkan Apple belum menemui resipi terbaik untuk menjadikan model keempat menarik untuk dibeli.