Close

Google Pixel 9 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3999

Google secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka iaitu siri Pixel 9. Hadir dengan beberapa pilihan varian dan model asas untuk siri ini adalah Pixel 9.

Pixel 9 hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.3-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 2700 nits dan dilindungi dengan Gorill Glass Victus 2. Dikuasakan dengan cip Google Tensor G4 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 48MP Ultra Lebar dan swafoto 10.5MP. Dimuatkan dengan bateri 4700mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi AI seperti Gemini Live, Add Me, Call Notes, Pixel Studio, Magic Editor dan lain-lain.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti WiFi 7, Bluetooth 5.3, NFC, penarafan IP68, Titan M2 security dan menyokong kemas kini sehingga 7 tahun. Tidak ketinggalan, peranti ini turut menyokong komunikasi melalui SOS satelit yang boleh digunakan untuk menghantar mesej kecemasan.

Di Malaysia, Google Pixel 9 dijual pada harga bermula RM3999 untuk 128GB dan RM4499 untuk 256GB. Ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Obsidian, Porcelain, Wintergreen dan Peony. Peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini dan jualan pertama akan bermula pada 21 Ogos ini.

Buat masa ini, Google Pixel ditawarkan melalui pengedar rasmi dan tiada Official Google service sentre di Malaysia. Berikutan itu, proses tuntutan jaminan perlu dibuat melalui pengedar rasmi. Namun begitu, Official Google service centre dijangka akan dibuka dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN